Kejadian yang berlaku petang semalam. Cubaan menghidupkan kereta semula di Petronas gagal. Kazen datang membantu untuk jump kereta dan berjaya. Panas ku sangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cewah. Terberhenti di Sementa, Kapar. Call kawan untuk bantuan.
Dari Kapar ada la 4 kali berhenti. Puncanya: Alternator. Bila benda tu rosak, bateri tak dapat dicaj. Dan alternator juga berfungi dalam menghasilkan elektrik untuk menghidupkan enjin kereta. Setelah sampai ke town klang (highway tepi Aeon Bukit Raja) kereta mati untuk kali ke 5. Situasi tak sesuai untuk jump dengan kereta kawan. Rupanya insurance kereta ada cover towing. (baru tuan tanah tahu)
Pihak insurance cakap tow truck akan sampai dalam masa 45 minit ke 1 jam. Dalam masa menunggu tu siap dah bubuh segi tiga oren tu memandangkan kereta semua laju laju. Baru je letak segi tiga itu, ada satu kereta berhenti. Pangkat abang abang. Lalu bertanya "dik tumpang tanya. Macam mana jalan nak pergi icity?" Rasa nak jawab icity dah pindah kat Nilai. Tak tau ke?
Takpala, dalam hati je cakap macam tu. Tapi tetap gigih mengajar cara cara ke I-City. Masalahnya lepas ajar tu terus cakap terima kasih dan berlalu pergi. Takde inisiatif berbahasa ke tanya kenapa ke, pura pura tengok ke. Jujur sungguh abang itu. Dalam senja macam tu, abang tow truck sampai dan selamat tow ke workshop. Wuuuwuuu sedih. Itu je nak beritahu.
Abang tu, hebat dalam berlakon, mungkin dia nak tolong, tapi dia tengah excited nak ke icity tu, maafkan beliau
ReplyDeleteHAHAHA. hati kering mungkin. Maafkan la sebab mungkin anak bini dlm kereta dah meronta ronta nak pergi icity.
DeleteNaz sorang2 ke time tu?..berapa usia kereta tu? byk nya soalan
ReplyDeleteAbg tu mesti kategori tak suka jaga tepi kain org kot..kalau ye pun berbudi bahasalah sikit kan..ishhni yg nk hemo ni h:-)
Masa ni naz dengan datin je. Mujur kawan free nak dtg temankan. kesian sungguh kawan. dah la Isnin tu first day kerja. hehehe. Kereta tu dah dkat 10 tahun dah. Tahun ni yg byk ragamnya. sebelum ni mmg takde. Anggap je abang tu dah pening kepala dgr bini bebel2 dlm kereta kot
Deleteshida pun ada pengalaman kereta kena towing..masa pagi nak register study..masa tu allah je la tahu perasaan ni..last2 sewa kereta pergi poly..adeh tetiba nak nangis lak
ReplyDelete